Kucing adalah salah satu haiwan yang mempunyai pelbagai jenis bulu.Sebagai tuan kucing, kita bukan sahaja perlu menjaga kesihatan, makan dan minum haiwan tersebut, malah perlu tahu cara menjaga bulu mereka supaya tidak keguguran.
Kucing yang mempunyai bulu yang tebal dan panjang memerlukan perhatian yang lebih. Jika tidak dijaga, bulu akan gugur dan kucing akan nampak kurang comel.
Untuk mengelakkan perkara-perkara tersebut, mari kita lihat tips untuk menjaga bulu kucing kita.
1)Mandikan Kucing Dengan Air Suam
Kucing harus dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan air suam. Jangan mandikannya dengan air sejuk! Ini kerana Si Manja kita tidak tahan sejuk.
Kita boleh siram air suam secara perlahan dari bahagian ekor dan punggung. Jangan sesekali merendamkan seluruh badan kucing kerana ini boleh membuatkannya rasa tertekan.
2)Menjaga Kulit Kucing
Bulu kucing tumbuh di atas kulitnya, jadi kita haruslah menjaga kulitnya
sekali agar bulunya akan tumbuh dengan sihat dan cantik. Pastikan sentiasa membuat pemeriksaan kulit kucing untuk memastikan kulitnya bebas parasit seperti kutu dan cacing.
3)Sentiasa Sikat Bulu Kucing
Pastikan kita kerap menyikat bulu Si Manja, lebih-lebih lagi kucing yang
mempunyai bulu yang tebal dan panjang. Kita juga harus pandai memilih sikat yang sesuai dengan bulu kucing kita.
Jika bulu kucing kita jenis yang panjang, maka belilah sikat yang mempunyai gigi yang jarang. Ini akan membantu mengurangkan gumpalan bulu.
Bagi bulu kucing yang pendek, kita boleh menggunakan jenis sikat dua sisi atau sikat kutu. Ini boleh membantu membuang bulu yang berselirat. Pastikan lembabkan sikat dengan air terlebih dahulu dan mula menyikat dari bahagian kepala ke arah ekornya, kemudian sikat bahagian perut dan lipatan kakinya.
4)Pemakanan Kucing
Makanan juga amat penting untuk menjaga bulu Si Manja kita. Sebagai tuan kucing, kita harus memastikan Si Manja mendapat nutrisi yang secukupnya seperti Omega 6 dan Omega 12. Nutrisi ini dapat memberi kilauan pada bulu kucing.
Contoh makanan yang kaya dengan Omega 6 dan Omega 12 adalah ikan salmon, sardin, parang, tuna dan ikan kembung. Jenis ikan-ikan ini boleh melebatkan dan menyihatkan bulu kucing kita.
Ada yang mengatakan kuning telur juga bagus untuk bulu kucing. Cara untuk memberi kucing kita makan adalah mencampurkan kucing telur dengan wet food mereka.
Kesimpulannya, pemakanan yang sihat dan penjagaan bulu kucing akan menyihatkan bulu kucing dan mengurangkan keguguran. Jika anda ingin tahu lebih mengenai panduan grooming kucing, bolehlah melanggani
https://kittyscarevet.com/panduan-101-untuk-grooming-kucing/ untuk mengetahui cara menjaga bulu kucing.