
Cara penjagaan anak kucing yang baru lahir adalah perkara yang sangat penting untuk dipelajari oleh tuan kucing. Jika kucing anda telah melahirkan anak kucing, atau anda terserempak anak kucing tanpa ibunya, bolehlah anda menjaga anak kucing tersebut melalui cara-cara tertentu.
Dapatkanlah tip-tip penjagaan anak kucing seperti berikut, terutamanya untuk anak-anak kucing yang berumur 1 bulan sehingga 3 bulan:
1. Sediakan Tempat Tinggal
Anak kucing perlu sentiasa dalam keadaan yang hangat dan selesa kerana ini akan mempengaruhi kesihatannya. Anak kucing yang baru berumur sebulan ke bawah mempunyai bulu yang sedikit, jadi kita perlu pastikan ia sentiasa dalam keadaan yang selesa dan tidak sejuk. Kita boleh sediakan selimut untuk kurangkan kesejukan anak kucing.
2. Sediakan Susu Yang Sesuai
Bagi anak kucing, susu adalah penting untuk membekalkan anak kucing khasiat dan tenaga untuk membesar. Oleh itu, kita perlu menyediakan susu formula yang sesuai untuk umurnya. Elakkan daripada memberi susu lembu kerana anak kucing boleh mengalami cirit-birit. Susu yang sesuai untuk anak kucing boleh didapatkan daripada kedai haiwan peliharaan.
3. Vaksin Dan Ubat
Adalah penting untuk kita memberi anak kucing vaksin untuk mengelakkannya daripada penyakit yang tidak diingini. Kita hanya perlu membawa anak kucing ke klinik haiwan peliharaan seperti Klinik Kitty’s Care untuk pemeriksaan. Doktor haiwan akan menyarankan vaksin dan ubat yang bersesuaian untuk anak kucing tersebut.
4. Sediakan Makanan
Anak kucing yang berumur 2 bulan dan ke bawah memerlukan wet food atau makanan yang cair. Ini adalah kerana perut mereka masih kecil dan tidak boleh menghadam makanan yang keras.
Anak kucing yang telah mencapai umur 2 hingga 4 bulan boleh mula makan makanan yang semi-solid. Kita juga perlu memastikan mereka menerima nutrisi yang cukup untuk membantu tumbesaran mereka.
Semua jenis makanan untuk anak kucing boleh dicari di kedai haiwan peliharaan. Pastikan kita memilih makanan sesuai dengan umur anak kucing tersebut.
5. Sediakan Tempat Makan Dan Membuang Najis
Kita boleh mula mengajar anak kucing untuk makan dan membuang najis di tempat yang disediakan. Ini adalah untuk mengelakkan mereka daripada membuang najis merata dalam rumah, mencari makanan daripada tong sampah atau dapur rumah.
Mangkuk makanan boleh diletakkan bersebelahan dengan tempat tidurnya untuk kesenangannya. Jenis mangkuk makanan dan pasir kucing yang sesuai dengan anak kucing boleh didapati dari kedai haiwan peliharaan.
Kesimpulannya, penjagaan anak kucing memerlukan lebih perhatian. Jika anda ingin tahu tips selanjutnya tentang penjagaan anak kucing, bolehlah anda melanggani https://kittyscarevet.com/5-tips-penjagaan-kucing-bagi-
pemula/