Pernahkah anda mendengar tentang pemandulan kucing? Tahukah apa itu pemandulan kucing? Pemandulan adalah proses membuang organ pembiakan kucing. Kucing jantan akan menjalani pengasian dan kucing betina akan dimandulkan dengan membuang ovari mereka. Tetapi, terdapat beberapa syarat untuk memandulkan kucing.
Setelah kucing anda dimandulkan, anda perlu tahu cara untuk menjaganya. Selepas selesai pembedahan, doktor akan memberi kucing anda suntikan ubat tahan sakit supaya ia tidak akan rasa sakit atau ketidakselesaan. Doktor juga akan memberikan ubat tahan sakit dan anti radang untuk kucing anda makan di rumah. Selalunya kucing jantan akan sembuh dengan lebih cepat berbanding dengan kucing betina kerana prosedur pembedahannya lebih ringkas.
Kucing jantan hanya perlu makan ubat untuk satu hari sahaja manakala kucing betina perlu makan ubat untuk tiga hari. Doktor akan menerangkan kepada anda cara penjagaan kucing selepas pembedahan dan bagaimana anda boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Paling penting sekali adalah anda perlu memastikan jahitan luka kucing tidak bernanah atau bengkak.
Apakah kebaikan memandulkan kucing?
Jika anda membela kucing dewasa dan ingin tahu sama ada kucing anda telah dimandulkan ataupun belum, terdapat cara-cara untuk mengenali tanda fizikal pada kucing.
Namun, jika anda kurang pasti atau tidak tahu cara memeriksa kucing anda, boleh saja membawa kucing ke klinik haiwan berdekatan. Di Klinik Kitty’s Care, doktor veterinar akan memeriksa kucing anda serta bantu menjelaskan sebarang keraguan yang ada. Jika didapati kucing anda belum dimandulkan, doktor di klinik ini akan menasihati anda waktu yang sesuai untuk pemandulan kucing.
Jika anda ingin memandulkan kucing, boleh hubungi cawangan Klinik Kitty’s Care yang berdekatan untuk membuat temujanji dengan doktor di sana.