Anda adalah seorang pecinta kucing tapi adakah anda tahu tentang fakta-fakta menarik (fun fact) mengenai kucing? Contohnya seperti kucing mempunyai organ yang membantu kucing merasa bau. Menarik bukan?
Terdapat banyak perkara yang kami belum tahu tentang haiwan peliharaan ini walaupun kami menjaga mereka setiap hari. Ingin tahu apakah fakta menarik tersebut? Jom baca dan kenali kucing anda dengan lebih baik.
Antara mitos dan fakta menarik tentang kucing adalah seperti berikut:
1. Kucing Boleh Merasa Manis?
Tidak, kucing adalah haiwan mamalia yang tidak boleh merasa manis.
2. Kucing Boleh Tidur Sepanjang 20 Jam Sehari?
Ya. Kucing menghabiskan 70% hidupnya untuk tidur. Mereka boleh tidur selama 15 hingga 20 jam sehari.
3. Kucing Mempunyai Tingkah Laku Seperti Harimau?
Kucing mempunyai gen sebanyak 95.6% yang hampir dengan harimau. Tingkah laku ini termasuk meninggalkan tanda bau dengan air kencing, mengintai dan menerkam mangsa, dan lain-lain.
4. Deria Penglihatan Kucing Sangat Baik?
Kucing adalah haiwan yang rabun dekat tetapi penglihatan periferi dan penglihatan malam mereka jauh lebih baik dari manusia.
5. Kucing Pandai Memutarkan Telinganya?
Kucing mampu memutarkan telinganya 180 darjah. Mereka mempunyai 32 jaringan otot yang bantu menggerakkan telinga mereka.
6. Kucing Memang Peka Kepada Emosi Pembela?
Kucing boleh merasakan emosi manusia. Jika anda melihat dengan teliti, kucing akan menghampiri ketika anda sedih. Ada ketikanya mereka akan cuba menghiburkan hati tuan mereka.
7. Adakah Tulang Selangka Kucing Berpisah Daripada Tulang
Lain?
Tulang selangka kucing tidak bersambung dengan tulang mereka yang lain, kerana tulang ini tertanam dalam otot bahu mereka.
8. Kucing Pandai Dengan Lompat Tinggi?
Kucing mampu melompat sejauh 6 kali panjang badan mereka. Contohnya, jika panjang kucing anda adalah 70cm, maka ia boleh melompat sejauh 420cm.
9. Adakah Semua Kucing Perlukan Vaksinasi?
Kucing memerlukan vaksinasi. Ini fakta kucing yang paling penting untuk kesihatan haiwan peliharaan anda. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, bolehlah anda baca info-info penting yang anda ambil tahu tentang vaksinasi kucing.
10. Kucing Mengeong Untuk Mendapatkan Perhatian?
Kucing mengeong untuk berkomunikasi dengan manusia, bukan dengan kucing lain. Anak kucing hanya akan mengeong kepada ibunya untuk memberitahu ketika mereka merasa sejuk atau lapar.
Apabila mereka dewasa, haiwan peliharaan ini akan mengeong kepada manusia sahaja.
11. Kenapakah Kucing Menggosok Badan Pembelanya?
Kucing menggosok badan pada manusia adalah untuk menandakan mereka sebagai kepunyaannya. Ini adalah untuk memberitahu kucing lain untuk menjauhkan diri dari manusia tersebut.
12. Bilakah Kucing Akan Aktif?
Kucing aktif pada waktu senja dan awal pagi. Anda mungkin sedar kucing anda suka mengejutkan anda pada awal pagi atau berlari dan melakukan ‘senamannya’ ketika itu.
13. Suara Dengkuran Kucing Boleh Mengurangkan Stres Kita?
Kucing mempunyai suara seakan dengkuran untuk menghilangkan stress dan menguatkan tulang. Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa dengkuran kucing boleh bantu mengurangkan stress dan menguatkan tulang kita.
14. Bolehkah Misai Kucing Membantu Kucing Mengukur Ruang?
Kucing menggunakan misai mereka untuk mengukur ruang kecil yang muat untuk badan mereka. Kebiasaannya, misai mereka adalah sama lebar dengan saiz badan.
15. Adakah Lidah Kucing Licin?
Lidah kucing adalah kasar dan boleh menjilat cebisan daging dari tulang, meninggalkannya bersih dari daging.