Pernahkah anda dengar tentang kucing mengalami buasir? Adakah kucing boleh mengalami buasir?
Jawapannya ialah ya, kucing juga boleh dapat buasir. Jika anda kurang pasti apa itu buasir, ianya adalah keradangan atau bengkak disekeliling rectum atau dubur.
Sama seperti manusia, kucing juga akan mengalami kesakitan atau kurang selesa ketika membuang air besar. Anda juga mungkin akan terlihat di punggung kucing seperti ada terkeluar sesuatu kemerah-merahan dan tergantung dari rektum.
Tanda-Tanda Kucing Mengalami Buasir
Apakah tanda-tanda kucing mempunyai buasir? Di sini kami akan mengajar anda untuk mengesannya. Pertama sekali, kucing yang ada buasir akan selalu menjilat-jilat punggungnya serta menyeret punggung di atas lantai kerana kegatalan yang dialaminya.
Bukan itu sahaja, ia juga akan mengalami kesakitan ketika membuang air besar. Terdapat juga sesetengah kucing yang akan mengalami cirit-birit dan berdarah duburnya. Selain itu, kucing anda akan rasa tidak selesa
duduk atas punggung dan lebih gemar melentang.

Cara Merawat Buasir
Alamak, kucing ada buasir! Apa perlu dibuat? Jangan risau dan jangan panik, jika anda telah mengenal pasti yang kucing anda buasir, terdapat cara untuk merawat masalah ini.
Untuk gejala buasir di peringkat awal, anda akan nampak rektum dan anal kucing terkeluar. Setakat ini, rektum masih belum membengkak. Oleh itu, anda boleh masukkannya balik ke dalam dubur. Dengan cara ini, otot dubur tidak akan jadi longgar.
Tetapi, jika rektum sudah membengkak anda boleh tuam dengan ais bagi mengecutkan otot serta memasukkan balik ke dalam dubur kucing anda. Jika keadaan kucing semakin teruk, anda dinasihati untuk membawa kucing anda ke klinik haiwan untuk dirawat dengan selanjutnya.
Cara Merawat Buasir
Jika kucing anda tiada buasir, anda masih perlu tahu cara untuk mencegahnya.
Pertama sekali, anda perlu memberi ubat cacing kepada kucing sekurang-
kurangnya sekali untuk setiap 3 bulan. Ini adalah untuk memastikan kucing anda tidak mengalami masalah membuang air besar.
Seterusnya, kucing anda perlu makan makanan yang mengandungi sumber fiber yang tinggi.
Makanan yang mengandungi fiber boleh membantu kucing untuk berkumuh dengan lebih baik. Ini kerana fiber akan melancarkan pergerakan tahi di dalam usus dan mencegah sumbatan.
Selain itu, anda perlu memastikan pengawalan pemakanan yang betul mengikut berat badan kucing. Elakkan daripada memberi makanan yang terlalu banyak kerana ini boleh memberi masalah kepada sistem penghadaman kucing. Akhir sekali, wajib untuk memberi kucing anda minum air yang secukupnya. Jika kekurangan air, kucing akan mengalami sembelit dan ini boleh mengakibatkan buasir.
Kesimpulannya, penjagaan diet atau pemakanan kucing anda adalah sangat penting supaya buasir boleh dielakkan. Jika anda ingin tahu tips-tips penjagaan kucing yang lain, bolehlah melanggani
https://kittyscarevet.com/5-tips-penjagaan-kucing-bagi-pemula/