Sememangnya kita akan sedih apabila kucing kita yang comel mengalami sakit mata. Kalau mata kucing yang bertahi tidak dibersihkan, ini akan menyebabkan keadaan mata kucing bertambah serius. Oleh sebab itu, kita haruslah mengambil tindakan awal untuk membantu kucing kita mengelakkan diri daripada sakit mata atau merawat sakit mata.
Bagaimana Nak Pastikan Mata Kucing Adalah Sihat
Mata kucing yang sihat penglihatan sentiasa terang dan jelas dan jernih
seperti kaca. Terdapat beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk
memeriksa sama ada mata kucing adalah jelas dan bersinar:
- Kelopak mata bawah kucing perlu merah jambu
- Pastikan saiz kedua-dua anak mata adalah normal
- Pastikan tiada cecair asing atau mata berair yang tidak normal
Punca Kucing Sakit Mata
Jika kucing anda mengalami selsema biasa dan serius, ini petanda kucing anda mungkin akan mengalami sakit mata.
Beberapa punca yang mungkin akan mengakibatkan masalah sakit mata kucing. Antaranya termasuklah:
Feline Upper Respiratory Infection
Salah satu punca biasa yang akan menyebabkan kerap keluarnya air mata pada kucing adalah jangkitan virus seperti calicivirus kucing, penyakit pernafasan berjangkit, pneumonitis atau rhinotracheitis (herpesvirus), bakteria, dan protozoa.
Gejala boleh menjadi ringan atau berkembang menjadi sesuatu yang
sangat serius dan mungkin termasuk “discharge” yang banyak seperti tahi mata dan nanah.
Konjungtivitis (Mata Merah Jambu)
Konjungtivitis merupakan keradangan pada lapisan merah jambu di sekitar mata kucing anda.
Ianya boleh menyebabkan salah satu atau kedua-dua mata kucing anda kelihatan merah dan bengkak, sensitif terhadap cahaya, dan terdapat lendir pada mata yang jernih atau tebal.
Konjungtivitis dengan demam, cirit-birit, dan kesukaran bernafas dapat menunjukkan peritonitis berjangkit pada kucing dan ianya berpotensi membawa maut.
Gangguan kornea
Kornea kucing, laitu permukaan berbentuk kubah yang menutupi depan mata, boleh meradang, tercedera atau berulserasi. Ianya akan menyebabkan kucing anda berkedip berlebihan, keradangan, dan peningkatan pengeluaran air mata.
Mata Berair (epiphora)
Saluran air mata tersumbat, pengeluaran air mata yang berlebihan, alahan, konjungtivitis virus, dan banyak lagi boleh menyebabkan mata kucing mengeluarkan air mata yang berlebihan.
Uveitis
Keradangan struktur dalaman mata, trauma, barah, masalah imun atau jangkitan boleh menyebabkan keradangan uveitis yang serius dan menyakitkan.
Mata kering (keratoconjunctivitis sicca)
Kekurangan pengeluaran air mata yang kronik boleh menyebabkan kornea yang meradang, mata merah, dan jika tidak dirawat, akan menyebabkan kebutaan.
Penyebab Mata Kucing Selalu Berair
Epifora
Keluar air mata berlebihan pada kucing sering disebut sebagai epifora. Ini bukan suatu situasi, tetapi gejala spesifik dari penyakit yang lebih serius dan masalah kesihatan lainnya pada kucing.
Mula-mulanya kucing akan mengeluarkan sejumlah air mata untuk melumasi matanya. Kelebihan cairan ini dikeringkan di saluran nasolakrimalis, yang mengarah ke hidung. Proses ini akan membuat mata tetap lembap pada tingkat yang sihat.
Namun, apabila saluran air mata tersumbat kerana alasan apa pun, cairan ini tidak akan terserap dengan baik dan epifora pun terjadi. Ini dapat menyebabkan iritasi kulit di sekitar mata dan pewarnaan di bulu bawah mata.
Doktor haiwan biasanya melihat epifora pada ras Brachycephalic, seperti kucing Himalaya dan Persia, yang kelainan bawaannya menyebabkan bola mata terlalu terbuka ke dunia luar.
Kondisi mata berair juga berkaitan dengan kelainan bawaan lainnya termasuk distichiasis dan entropion, yakni kondisi di mana kelopak mata atau bulu mata berbelok ke dalam, sehingga menyebabkan iritasi pada bola mata.
Bolehkah Sakit Mata Kucing Ini Sembuh?
Sama ada kucing anda boleh sembuh daripada sakit mata adalah bergantung kepada tindakan segera anda dalam menangani penyakit kucing anda.
Cara terbaik adalah dengan berjumpa dengan doktor haiwan terdekat. Namun ada baiknya jika anda mempunyai ubat khas yang terbukti berkesan untuk mengatasi masalah sakit mata kucing.
Mungkin anda perlu menyimpan ubat ini di rumah sebagai langkah pencegahan awal.
Kesimpulannya, jika kucing kita mengalami sakit mata yang serius dan memerlukan rawatan, kita haruslah membawa ke klinik berhampiran.
Seandainya anda ingin mendapatkan info selanjutnya, boleh anda membuat temu janji dengan klinik kami yang terdekat!
KITTY’S CARE VET PUTRAJAYA
Address
No. 18, Jalan P8G1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Contact
011-11445002
KITTY’S CARE VET KAJANG
Address
No. 52A, 1, Jalan TTDI Grove1/2, 43000 Kajang, Selangor
Contact
018-9884087
KITTY’S CARE VET BANDAR SRI PERMAISURI CHERAS
Address
No. 100, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact
011-55558644
KITTY’S CARE VET SETAPAK
Address
NO 6-G, Jalan Suria Setapak, Taman Suria Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact
011-5558 0509