Tahukah anda, kucing perlu grooming untuk kelihatan kemas, cantik dan sihat? Seperti kita sendiri, kucing juga perlu dipotong kuku, disikat bulu dan dimandikan supaya mereka sentiasa tampil bersih dan sihat. Tapi pentingkah grooming untuk kucing?

Grooming Bulu Kucing
Jawapannya adalah ya, sangat penting. Grooming dapat menghindarkan kucing daripada penyakit kulit dan parasit di badan kucing serta bantu serta merapikan bulunya. Secara naluri, kucing suka membersihkan dirinya sendiri dengan menjilat badan untuk menghilangkan kotoran serta merapikan bulu yang kusut. Namun begitu, kucing yang mempunyai bulu panjang akan menyebabkan terjadinya bebola bulu di dalam perutnya. Jika bebola bulu ini terkumpul banyak di dalam perut kucing, ini akan terjadinya sumbatan pada ususnya. Oleh itu, grooming boleh menghindarkan kucing daripada terjadinya bebola bulu dan bantu kucing untuk merapikan bulunya yang panjang. Selain itu, adalah penting untuk memotong bulu kucing anda jika bulunya terlalu panjang kerana bulu yang lebat dan panjang boleh menyebabkan pembiakan kutu dan masalah kulit.
Pembersihan Telinga Kucing
Mencuci atau membersihkan telinga kucing anda juga penting dalam grooming. Jika telinga kucing menjadi terlalu kotor, ia akan mendorong pembiakan kutu dalam telinga. Jadi adalah lebih baik untuk kerap membersihkan telinga kucing anda. Untuk penjagaan kuku pula, ia bergantung pada kehidupan seharian kucing anda. Jika kucing anda selalu berada di luar rumah, maka boleh saja biarkan kukunya tajam sebagai senjata pertahanan. Namun, jika kucing anda selalu berada di dalam rumah, lebih baik jika kukunya dipotong bagi mengelakkan kuku tumbuh terlalu panjang serta anda boleh menyelamatkan sofa di rumah.
Terdapat pelbagai cara untuk groom kucing seperti menyikat bulu, mandi, memotong kuku dan sebagainya. Jika anda tidak yakin untuk memandikan kucing di rumah, anda boleh menghantar kucing anda ke mana-mana klinik veterinar yang memberi khidmat grooming seperti Klinik Kitty’s Care. Selain daripada mandikan kucing, anda boleh menyikat bulu kucing terutamanya jika ia mempunyai bulu yang panjang. Ini boleh meluruskan bulu dan mengurangkan gumpalan serta keguguran bulu tersebut.
Perlukah Saya Kerap Buat Grooming Kucing?
Bagi kekerapan untuk grooming kucing, ia bergantung pada jenis bulu kucing anda. Jika kucing anda jenis berbulu lebat dan panjang seperti kucing Persian, disarankan untuk membawa grooming tiap 4 hingga 6 minggu sekali. Namun, jika kucing anda jenis berbulu pendek seperti kucing Siam, grooming setiap 8 hingga 12 minggu sekali sudah memadai. Tetapi, jika dalam tempoh ini kucing anda kelihatan kotor atau kukunya sudah tumbuh tajam maka boleh saja membawanya untuk grooming semula.
Berapakah Kos Grooming Kucing?
Berapakah harga untuk grooming kucing? Harga adalah tertakluk pada pakej grooming yang ditawarkan di klinik dan pusat grooming haiwan peliharaan. Di Klinik Kitty’ Care, purata harga grooming kucing adalah dari RM40 hingga RM130, bergantung pada jenis bulu kucing anda dan pakej yang anda pilih. Servis yang ditawarkan adalah mandian shampoo berubat, potong kuku, bersihkan telinga, serta doktor akan memberikan servis pemeriksaan kulit kucing juga. Kesemua servis ini terdapat dalam pakej grooming kucing.
Jika anda berminat untuk menghantar kucing untuk grooming, bolehlah menghubungi mana-mana cawangan Klinik Kitty’s Care yang berdekatan dengan anda. Di sini, servis dan harga pakej grooming adalah memuaskan. Di sini, doktor veterinar juga boleh memberi pemeriksaan kulit untuk kucing anda serta akan memberi bimbingan tentang cara grooming di rumah.