Pernah dengar tentang sporo kucing?
Penyakit sporo kucing, juga dikenali sebagai “feline sporotrichosis”, adalah penyakit kulit yang biasanya berlaku pada kucing. Ianya kerap dikaitkan dengan penyakit yang membahayakan kesihatan haiwan kesayangan kita terutamanya kucing.
Demi kesihatan kucing peliharaan anda, marilah ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang punca-punca, tanda-tanda dan cara merawat penyakit ini.
Apakah Puncanya Penyakit Sporo Kucing
Sporotrichosis adalah jangkitan kulit yang berpunca daripada kulat sporothrix schenckii.
Kulat ini biasanya hidup di tumbuhan seperti kerdil, paku-pakis, dan tanah.
Kucing yang terkena penyakit sporo kucing biasanya mendapat jangkitan melalui luka, atau daripada kucing lain yang telah ada penyakit melalui interaksi sosial (tidur bersama, saling grooming, bersentuhan, bercium) dan gigitan semasa pergaduhan.
Di samping itu, kucing juga boleh terkena penyakit ini melalui pengambilan makanan dan air yang tercemar dengan kulat.
Biasanya, setelah kulat sporotrichosis menjangkiti kulit, ianya akan mengambil masa beberapa hari atau beberapa bulan untuk tanda-tanda mulai muncul.
Tanda-Tanda Awal
Antara gejala-gejala penyakit yang akan timbul adalah seperti berikut:
- Kulit yang merah dan bengkak di kawasan luka, yang kemudian membentuk lesi dan bisul yang pecah.
- Nod limfa membengkak
- Kelihatan sukar bernafas kerana hidung berair atau tersumbat
- Hilang selera makan
- Kerontokan bulu di kawasan terjejas
- Badan kurus and menjadi lemah
- Badan berdarah, daging luruh, dan akhirnya mati (pada peringkat akhir penyakit)
Adakah Penyakit Sporo Kucing Boleh Menjangkiti Manusia?
Sporotrichosis boleh menjangkiti kucing dan manusia. Jika kucing yang dijangkiti sporo menggaru dan menggigit manusia, ianya boleh menyebarkan kulat ke kulit manusia dan menyebabkan jangkitan. Risiko adalah lebih tinggi untuk mereka yang sering berhubungan dengan kucing, seperti pengasuh haiwan atau peternak kucing. Bagi manusia, jangkitan sporo paling biasa di kulit tetapi ia juga boleh menjangkiti organ dalaman dalam kes yang serius.
Cara-cara Mencegah Penyakit Sporo Kucing
Memandangkan penyakit sporo mudah menjangkiti kucing dan manusia, adalah amat penting bagi anda untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
- Elakkan sentuhan dengan kucing yang sakit
Jika kucing anda mempunyai sebarang tanda penyakit, seperti kulit terbuka,
bengkak, atau berkudis, anda harus mengelakkan diri daripada menyentuh kucing anda sehingga ianya pulih sepenuhnya. - Pakai sarung tangan ketika berurusan dengan kucing
Semasa berurusan dengan kucing, pakai sarung tangan untuk mengelakkan kulit anda daripada bersentuhan dengan jangkitan. - Amalkan tabiat mencuci tangan
Cuci tangan dengan sabun dan air selepas berurusan dengan kucing, terutamanya jika kucing itu sakit. - Pastikan persekitaran yang bersih
Adalah penting untuk anda memastikan persekitaran kucing anda seperti litter box dan tempat tidur bersih dan bebas daripada kulat dan bakteria. - Pastikan makanan kucing yang berkualiti
Pemberian makanan kucing yang seimbang dan berkualiti tinggi dapat membantu meningkatkan imuniti kucing dan mengurangkan risiko penyakit. - Dapatkan pemeriksaan kesihatan yang konsisten untuk kucing anda
Bawa kucing anda ke klinik veterinari secara berkala untuk mendapat pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi yang diperlukan. Ini dapat membantu mencegah jangkitan penyakit dan mengesan tanda-tanda awal penyakit sebelum penyakit menjadi lebih serius.
Kesimpulannya, pencegahan adalah kunci utama bagi membantu kucing anda menghindarkan diri daripada jangkitan penyakit sporo. Jangan lupa untuk mengamalkan pemantauan kesihatan kucing anda dan mengambil tindakan sewajarnya jika anda mengesyaki adanya jangkitan.