Adakah anda sedang mencari hotel kucing yang selesa dan selamat untuk kucing anda? Anda perlu pertimbangkan beberapa perkara penting semasa memilih hotel kucing yang sesuai.
Antara perkara-perkara yang anda harus teliti semasa memilih hotel kucing adalah seperti berikut:
1. Maklumat Tentang Hotel Kucing
Jika anda sudah mempunyai beberapa pilihan hotel kucing untuk si manja anda, perkara pertama yang harus anda lakukan adalah mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh seperti masa beroperasi, tahap kebersihan dan pengurusan hotel tersebut serta harga boarding.
Selain itu, anda juga boleh membuat lawatan ke hotel tersebut untuk melihat sendiri tahap kebersihan dan pengurusan di hotel kucing itu. Anda juga dapat meneliti keadaan kucing-kucing di hotel dan ruangan yang disediakan.
2. Testimoni Tentang Hotel Kucing
Untuk lebih menyakinkan diri anda, anda boleh mencari testimoni tentang hotel kucing tersebut secara online atau bertanya kenalan yang pernah menghantar kucing mereka ke hotel kucing.
3. Polisi Hotel Kucing
Sebelum menghantar, pastikan hotel kucing mempunyai polisi untuk kucing yang dihantar ke sana seperti perlu divaksinasi, diberi ubat kutu dan mempunyai status kesihatan yang bagus. Ini penting bagi mengelakkan jangkitan penyakit yang tidak diingini kepada si manja anda.
Pastikan juga hotel tersebut adalah khas untuk kucing dan tidak bercampur dengan haiwan lain untuk mengelakkan kucing berasa tertekan.
4. Jadual Harian Aktiviti Kucing
Anda boleh bertanya tentang jadual harian bagi kucing yang menetap di hotel tersebut. Lebih elok lagi jika anda boleh melihat rutin harian kucing yang dihantar boarding. Jadual pembersihan dan masa makan kucing juga perlu diambil tahu. Kebiasaannya pekerja hotel kucing akan berkongsi jadual harian kucing di sana.
5. Staf Hotel Kucing
Ambil peluang untuk mengenali pekerja-pekerja di hotel kucing tersebut. Ini boleh membantu anda untuk mengetahui sama ada mereka mesra haiwan dan berpengalaman dalam menjaga kucing. Semestinya kucing anda akan lebih selesa dengan penjaga yang mesra haiwan dan tahu bagaimana menjaga mereka.
Selain itu, sebagai tuan kucing, anda juga harus menyediakan beberapa perkara sebelum menghantar kucing ke hotel kucing yang diingini.
1. Buku kesihatan kucing
Ini penting untuk membuktikan bahawa kucing anda telah menerima vaksin dan menunjukkan tahap kesihatan kucing anda.
2. Maklumat tuan kucing
Pastikan anda memberi nombor telefon untuk dihubungi sekiranya terdapat kecemasan.
Untuk mengambil tahu tentang perkara-perkara penting mengenai
boarding kucing, bolehlah anda malayari artikel ini:
https://kittyscarevet.com/perkara-perkara-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-boarding-kucing/