Jika anda baru memandikan kucing untuk pertama kali, perlulah anda mengambil kira beberapa perkara penting. Sebagai pengetahuan am, umur yang paling sesuai untuk kucing mula mandi adalah seawal 8 minggu selepas dilahirkan. Juga, apabila kita memandikan kucing bermula dari awal, kucing kita tidak akan ada perasaan takut pada air.
Marilah datang belajar tentang panduan untuk memandikan kucing anda:
1. Tentukan Waktu Mandi
Ini sangat penting untuk ditentukan kerana anda perlu memastikan si manja berada dalam keadaan yang sihat, rileks dan dalam mood yang baik.
2. Potong Kuku Kucing
Sebelum mula mandi, anda harus potong kuku si manja anda terlebih dulu. Ini adalah untuk menghindari kucing anda daripada mencakar anda semasa dimandikan. Gunakan pemotong kuku yang khas untuk kucing supaya jari si manja tidak terluka semasa dipotong kukunya.
3. Sediakan Peralatan Mandi Kucing
Anda harus menyediakan peralatan mandi untuk kucing khususnya syampu yang sesuai untuk si manja anda. Jangan gunakan syampu rambut anda untuk kucing kerana ianya tidak sesuai dan boleh menyebabkan keguguran bulu.
4. Pastikan Kucing Tidak Cemas
Bagi mengelakkan si manja anda daripada cemas dalam air, anda boleh memberi mainan kesukaanya.
5. Basahkan Tubuh Kucing Dengan Air Suam
Setelah kucing anda tenang dalam air, anda boleh mula menyiram air ke tubuhnya bermula dari leher ke ekornya secara perlahan-lahan. Jangan siram air ke kepala kucing kerana ini boleh membuatnya panik.
6. Gunakan Syampu Kucing
Pastikan syampu yang anda gunakan adalah khas untuk kucing. Anda boleh membeli syampu ini di kedai haiwan atau di klinik haiwan. Mula gosok syampu dari leher si manja, perut, punggung, ekor hingga ke kakinya dengan lembut dan perlahan.
7. Bilas Kucing Dengan Air
Selesainya syampu, anda perlu membilas kucing dengan air suam. Pastikan badan si manja bersih dan tiada sisa-sisa syampu. Ini boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit kucing anda. Bersihkan juga wajah kucing dengan menggunakan kain yang basah. Anda hanya perlu lap muka serta sekitar mata dan telinganya dengan lembut.
8. Keringkan Badan Kucing
Akhir sekali, keringkan badan kucing dengan tuala yang bersih. Setelah kering, pastikan kucing berada di tempat yang hangat supaya tidak jatuh sakit. Anda juga boleh menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan badan kucing.
Jika ingin tahu tentang tip-tip penting tentang grooming kucing, bolehlah
anda melayari https://kittyscarevet.com/panduan-101-untuk-grooming-kucing