
Sebagi pemilik kucing, adalah sangat penting bagi kita menyedari bahawa tanggungjawab tidak terhad kepada hanya memandikan si bulus kita dan memberi makanan sahaja. Kita juga harus membersihkan telinga kucing mereka secara berkala.
Jika dihantar ke salun haiwan kesayangan, proses pembersihan telinga dapat dilakukan dan tindakan ini mampu memberi manfaat kepada si comel kita dari segi kesihatan.
Anatomi Telinga Kucing
Telinga kucing mempunyai anatomi yang berbeza dengan manusia. Telinga kucing boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu externa (luaran), media (bahagian tengah telinga), dan interna (bahagian dalam telinga). Telinga kucing juga mempunyai kelopak telinga (ear pinna) yang panjang dan tajam, serta berbentuk huruf ‘L’ pada bahagian dalam telinga.
Kepentingan Pembersihan Telinga Kucing
Pembersihan telinga kucing penting dilakukan oleh pemilik kucing kerana ia membantu mencegah pengumpulan kotoran. Ianya juga membantu pemilik mengesan sebarang tanda ketidakselesaan atau jangkitan pada telinga kucing mereka, yang boleh dirawat seawalnya.
Telinga kucing amat sensitif, oleh itu pemilihan produk pembersih telinga yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan kemungkinan iritasi dan alahan.
Bagaimanakah Mencuci Telinga Kucing Di Rumah?
Berikut adalah langkah-langkah yang anda harus amalkan untuk memastikan pembersihan telinga kucing adalah betul dan selamat:
Langkah 1: Buat persediaan dengan peralatan yang lengkap
Dapatkan produk pembersih telinga khusus untuk kucing dari kedai haiwan atau yang direkomendasikan oleh doktor veterinar. Pastikan juga anda mempunyai kapas lembut atau bola kapas untuk membersihkan telinga.
Langkah 2: Buatkan kucing anda selesa
Pilih waktu yang tenang supaya anda dapat menciptakan suasana yang selesa untuk kucing anda. Salah satu teknik yang amat berkesan adalah mengajak kucing anda bermain terlebih dahulu supaya ianya akan berasa tenang.
Setelah itu, peluk dan tutupi tubuh kucing dengan handuk. Juga pastikan tiada gangguan atau kebisingan persekitaran yang akan membuatnya terganggu.
Langkah 3: Lakukan proses pembersihan dengan lembut
Bersihkan telinga kucing dengan lembut dan berhati-hati, tetapi berhenti jika mereka mulai meronta. Jangan sesekali memaksa kucing kerana ini akan menyebabkan trauma.
Juga, pastikan air dan sabun tidak masuk ke dalam telinga kucing.
Sebagai tip tambahan, cuba biasakan kucing anda dengan sentuhan telinga sejak ianya masih anak kucing. Ini dapat membantu mengurangkan keengganan dan ketidakselesaan apabila anda membersihkan telinganya.
Langkah 4: Lakukan pengamatan
Perhatikan telinga kucing untuk melihat sama ada terdapat tanda-tanda jangkitan atau ketidakselesaan. Jika terdapat kerak atau keluaran yang berlebihan, adalah lebih baik bagi anda untuk merujuk kepada doktor veterinar.
Langkah 5: Bersihkan luaran telinga
Basahkan bola kapas dengan produk pembersih telinga yang direkomendasikan. Kemudian, lap bahagian luar telinga kucing secara perlahan-lahan.
Langkah 6: Bersihkan dalam telinga
Basahkan kapas lembut dengan produk pembersih telinga dan bersihkan bahagian dalam lubang telinga kucing dengan lembut. Jangan sumbat atau dorong kapas terlalu dalam untuk mengelakkan kecederaan.
Langkah 7: Keringkan telinga
Setelah membersihkan telinga, lepaskan penutup telinga kucing dan biarkan ianya menggelengkan kepalanya beberapa kali.
Setelah itu, keringkan bahagian dalam lubang telinganya dengan kapas lembut. Peringatan penting, jangan gunakan jari atau benda lain selain daripada kapas lembut. Pastikan telinga kucing benar-benar kering untuk mengelakkan kelembaban yang boleh menyebabkan masalah telinga.
Pastikan untuk memeriksa kebersihan telinga kucing minimal sekali seminggu, untuk memastikan apakah ada penumpukan kotoran atau tidak. Jika tidak terlalu kotor, cukup bersihkan telinga kucing sekali dalam sebulan.
Langkah 8: Berikan pujian
Berikan kucing pujian dan ganjaran setelah selesai membersihkan telinga. Ini akan membantu menjalinkan hubungan yang lebih erat dan membuatnya lebih kooperatif pada masa akan datang.
Langkah 9: Lakukan secara berkala:
Buat pembersihkan telinga kucing secara sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu untuk menjaga kebersihan telinga dan mencegah masalah yang berkaitan.
Ada Sebarang Tip Selamat Yang Lain?
Selain daripada proses pembersihan yang betul, penggunaan produk-produk terutamanya produk pencegahan kutu atau anti-parasit yang disyorkan oleh doktor haiwan juga adalah amat penting.
Cubalah sentiasa kemaskini penggunaan produk pencegahan kutu pada kucing anda kerana terdapat banyak produk di pasaran yang mampu mengawal masalah parasit. Yang paling penting, pastikan ubat yang dibeli didaftarkan dan diakui selamat oleh doktor veterinar.
Kesimpulan
Pendek kata, adalah tanggungjawab kita sebagai pemilik si bulus kita untuk memastikan keselamatan kucing semasa membersihkan telinganya. Anda boleh mengikut panduan tersebut untuk membersihkan telinga kucing dengan selamat. Namun, jika anda tidak mempunyai masa yang cukup, atau tidak yakin dengan membersihkan telinga kucing sendiri, adalah disarankan untuk berkonsultasi dengan klinik veterinar yang menawarkan perkhidmatan grooming kucing.
Anda juga boleh mengetahui maklumat selanjutnya tentang penjagaan telinga si bulus melalui info-info yang dikongsikan oleh doktor veterinar kami sini.