Pernah mempunyai kucing yang suka memberi tanda atau suka memancut sesuka hati di rumah apabila datangnya waktu kucing menjadi biang? Memang pengalaman ini tidak akan bagus kerana tekanan dan rasa nak marah akan timbul disebabkan oleh bau yang tidak selesa dalam rumah.
Di samping, kita juga terpaksa menggemaskan dan mencuci tempat-tempat yang telah ditanda oleh kucing tersebut.
Kucing yang biang akan menanda tempat-tempat tertentu sebagai tarikan. Sebagai contoh, kucing jantan akan tanda untuk menarik kucing betina dan begitu juga dengan kucing betina untuk menarik kucing jantan.
Tempoh Kucing Melahirkan Anak
Kucing akan melahirkan anak tiga kali dalam setahun.
Purata bilangan anak setiap kelahiran adalah empat hingga enam ekor.
Kucing akan mula datang biang dan bunting semula mulai daripada umur empat bulan.
Tempoh bunting adalah 64-67 hari atau dua bulan ++.
Tiga Kebaikan Pemandulan Kucing
- Mengurangkan sifat merayau untuk mencari kucing jantan dan
mengawan. - Kos untuk menjaga haiwan yang dikembiri adalah lebih rendah kerana kita tidak perlu menjaga anak-anak kucing.
- Mengelakkan risiko tumor dan barah mamari (kelenjar susu) , Jankitan
Rahim bernanah (pyometra) dan kurang risiko penyakit berjangkit
seperti FIV dan FelV (leukemia kucing).
Proses Pemandulan Kucing
Pemandulan dilakukan melalui proses pembedahan yang dilakukan di bawah pengaruh anestesia. Ini adalah bertujuan untuk menghalang keupayaan kucing tersebut membiak.
- Hubungi klinik terdekat untuk mendapatkan temujanji pemandulan kucing.
- Selalunya klinik akan menyarankan anda untuk mendapatkan vaksin dan memberi ubat cacing terlebih dahulu.
- Selepas dua bulan anda akan diberi temujanji untuk pemandulan kucing.
- Kucing hendaklah dipuasakan selama 10 jam sebelum pembedahan dibuat.
- Proses pembedahan mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.
- Anda perlulah mengasingkan kucing anda di dalam sangkar yang berlapikkan kain lembut atau suratkhabar.
- Letakkan kucing anda di tempat yang senyap, redup atau gelap, dan sebaik-baiknya jauh daripada kanak-kanak.
- Pastikan sangkar kucing sentiasa bersih.
- Periksa tempat jahitan sama ada bernanah, membengkak, darah mengalir, luka tidak kering ataupun memberi bau yang busuk.