Seperti haiwan-haiwan yang lain, anak kucing boleh juga diserang sakit perut dari masa ke semasa yang menyebabkan najis menjadi cair.
Sebenarnya, cirit-birit adalah titik permulaan masalah kesihatan yang biasa, dan ia mungkin akan menjadi masalah serius kalau tidak dijaga sebaiknya.
Kucing anda akan kelihatan lesu dan tidak aktif. Jadi adalah tanggungjawab kita untuk untuk membantunya sama ada membawanya ke klinik ataupun membelikannya ubat.
Punca-punca Kucing Cirit-Birit
Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan cirit-birit anak kucing anda cirit-birit:
-
- Perubahan Diet
Kita haruslah menyemak makanan yang diberikan sama-ada masih boleh dimakan ataupun sudah rosak. - Kesan Ubat Ubatan
Kita perlu menyemak ubat-ubatan yang diberikan kepada kucing anda, sama ada ia bersesuaian dengan penyakit kucing tersebut. Jangankan kita beri kucing anda sebarangan ubat dan ubat yang telah tamat tempoh. - Parasit Usus
Kita juga perlu menyemak jadual pemberian ubat cacing kepada kucing anda, sama ada ianya masih mengikut jadual atau tidak. - Keracunan Makanan
Jika kucing anda mengalami keracunan ia akan kelihatan lesu, tiada selera makan, haus, gusi kelihatan pucat, air liur meleleh, mengalami kekejangan, memuntahkan makanannya dan membuang najis berdarah.
- Perubahan Diet
Tanda-tanda Cirit-Birit
Beberapa tanda atau simptom cirit-birit adalah seperti yang kita sudah sedari, iaitu perubahan najis yang cair, dehidrasi dan lemah.
Pencegahan Cirit-Birit
Kita perlulah peka terhadap keadaan anak kucing, terutamanya yang berumur 1 bulan hingga 6 bulan, kerana anak kucing ini lebih sensitif berbanding kucing yang lebih besar.
Kita perlu membuat ‘pemantauan harian’ pada selera makan, najis dan kencing serta memerhatikan tingkahlaku samada aktif atau pun murung.
Rawatan Cirit-Birit
- Hentikan Pemberian Makanan
Puasakan kucing anda selama 6 jam, bagi merehatkan perut mereka. Jangan beri kucing minum susu. Ini akan mengakibatkan perut kucing bertambah sakit. - Lakukan Perubahan Diet Secara Berkala
Kita hendaklah memastikan perubahan makanan dilakukan secara berkala dan perlahan iaitu dengan mencampurkan makanan yang sebelum ini dengan makanan yang baru.
Secara perlahan kita boleh menambahkan kuantiti makanan baru selama seminggu sehingga anak kucing dapat menerima makanan yang baru sepenuhnya. - Gunakan Probiotik
Jika anak kucing masih mengambil antibiotik, rawatan ini bukan hanya membunuh bakteria yang ada dalam badan namun membunuh sekali bakteria bagus dalam sistem anak kucing anda.
Buatlah pertanyaan kepada veterinar anda terlebih dahulu sekiranya probiotik diperlukan untuk anak kucing anda dalam membantu masalah ususnya. - Beri Ubat Cacing
Berikan ubat cacing kepada anak kucing anda setiap bulan untuk menghapuskan cacing yang ada di dalam ususnya. - Makanan Berkhasiat Untuk Kucing Cirit-Birit
Anda boleh cuba beri labu bersama dada ayam yang dimasak secara rebus. Cara ini, untuk membolehkan najis kucing menjadi pekat dan pejal seperti sediakala.
Anda juga boleh cuba memberi 1-2 sudu yogurt perisa original tanpa pewarna kepada kucing anda untuk melawan bacteria jahat dalam perut kucing. - Bawa Anak Kucing Ke Klinik
Jika sakit masih berlarutan, jangan berlengah lagi and bawa kucing anda ke klinik yang berdekatan secepat mungkin. Rawatan awal adalah jauh lebih berkesan.