Kucing merupakan haiwan ‘Crepuscular’, iaitu haiwan yang aktif pada waktu senja dan waktu subuh. Ia akan tidur pada waktu siang.
Kucing jarang tidur lena. Jika kucing memejamkan mata sambil duduk, ini bermaksud kucing sedang melelapkan mata seketika dan sentiasa peka pada keadaan sekelilingnya, ia mudah tersedar.
Berikut Adalah Lapan Sebab Mengapa Kucing Akan Kerap Tidur Sepanjang Hari
1. Kucing Bunting
Kucing akan tidur secara berterusan kalau ianya sedang bunting. Kucing yang bunting mempunyai waktu tidur yang lebih lama berbanding dengan kucing biasa.
2. Kucing Mengalami Anemia
Jika kucing menghidapi anemia, in bermaksud kekurangan jumlah sel darah merah dalam peredaran darah kucing. Untuk mengetahui sama ada kucing anda relay mengalami anemia atau tidak, anda boleh cuba memerhatikan dan memeriksa gusi kucing anda.
Sekiranya gusi kucing anda lebih pucat daripada biasa, anda harus segera membawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan untuk diperiksa.
Sekiranya terlambat, mungkin kucing tersebut akan kehilangan nyawa.
3. Kucing Sakit
Adalah normal bagi kucing yang tidur secara berterusan. Tetapi, bagi kucing yang tidur melebihi waktu tidurnya, kemungkinan besar kucing sudah mempunyai tanda-tanda sakit.
Anda boleh cuba memerhatikan sama ada kucing anda menunjukkan perilaku yang lain seperti tiada nafsu makan dan tidak bermain bersama anda. Kalau ada, sudah sampai masanya anda perlu membawa kucing anda ke klinik kucing berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
4. Faktor Cuaca
Keadaan cuaca juga boleh menjadi sebab kucing tidur lebih lama. Kucing akan tidur lebih lama pada musim hujan dan cuaca sejuk.
5. Kucing Mengalami Kebosanan
Kucing yang berasa bosan atau dalam keadaan tertekan akan tidur lebih lama.
Kucing tidak berasa bosan seandainya anda bermain dan menyediakan makanan dan minuman secukupnya.
6. Kucing Mengalami Obesiti
Obesiti adalah antara sebab kenapa kucing suka tidur disebabkan oleh pola pemakanan tidak seimbang dan kurang bergerak.
Kucing yang dibiarkan bersendirian dengan makanan akan menyebabkan ianya mempunyai berat badan berlebihan dan malas untuk bergerak atau bermain.
7. Faktor Usia
Semakin bertambahnya usia kucing, ianya mampu tidur selama 18 jam sampai 20 jam sehari.
Ianya akan tetap melakukan rutin harian selepas terjaga. Kucing akan bermain, makan, dan mencari perhatian seperti biasa sebelum ianya kembali tidur.
Adalah penting untuk anda memberi lebih perhatian kepadanya agar ianya sentiasa aktif dan tidak berasa bosan setiap hari dengan menghabiskan waktu siang dan malam hanya untuk tidur.
8. Kucing Mengalami Kemurungan
Satu sebab lain kenapa kucing tidur berlebihan adalah kemurungan. Kalau kucing anda mengalami gejala seperti hilang nafsu makan, suka menyendiri ini, kemungkinan besar ianya telah mengalami kemurungan.
Kemurungan pada kucing tidak sama dengan manusia. Keadaan ini kebiasaannya disebabkan kucing mungkin sedang sakit dan mengalami tekanan stress.
Jika kucing anda mengalami lapan sebab diatas, sebaik-baiknya bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan atau klinik haiwan terdekat bagi mendapatkan rawatan kepada kesihatan kucing anda seterusnya memastikan tiada penyakit serius berlaku pada kucing anda.