Ramai yang tertanya, apakah punca kucing dijangkiti kutu di badannya? Kita sebagai tuan kucing pun akan rasa tertekan sebab hal ini. Sebenarnya, semua kucing terdedah pada kutu tapi puncanya berbeza. Masalah kutu kucing ini boleh dirawat juga dengan cara-cara yang tertentu.
Tahukah anda kutu kucing juga diberi nama saintifik iaitu, Ctenocephalides Felis. Jangka hayat kutu kucing adalah selama setahun dan suka melompat dari kucing ke kucing. Jika kucing mempunyai terlalu banyak kutu, ini akan menjejaskan kesihatan kucing itu. Terdapat juga pertanyaan, adakah kutu kucing berjangkit pada rambut? Jawapannya tidak. Kutu kucing tidak boleh hidup atas badan manusia tetapi ia hanya boleh gigit kulit.
Punca Kutu Kucing
Apa punca jangkitan kutu pada kucing? Pertama sekali, jika kucing kita ini jenis yang suka berkeliaran di luar rumah dan bermain dengan kucing liar di luar sana, itu boleh jadi salah satu punca jangkitan. Ini kerana kucing liar tidak menerima sebarang rawatan atau vaksin untuk membasmi kutu di badannya. Oleh itu, kutu akan membiak dengan banyak dalam bulu kucing tersebut dan apabila kucing kesayangan kita mendekati kucing liar tersebut, kutu itu akan menjangkiti kucing kita dan membiak di badannya pula.
Yang kedua, rawatan kutu yang tidak konsisten boleh menyebabkan senangnya jangkitan kutu dan mendorong pembiakan kutu kucing. Ianya sangat penting untuk kita memberi rawatan kutu yang sepatutnya kepada kucing kesayangan kerana jika tidak dirawat, kutu akan senang membiak atas badannya dan ini boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit.
Sama juga jika kucing ini jarang dimandikan. Ianya jelas bahawa kutu tidak suka akan persekitaran yang basah dan lembap kerana susah untuk mereka membiak. Penting sangat untuk kita mandikan kucing kerana ia bantu mengurangkan jangkitan lebih lagi jika kita menggunakan shampoo anti-kutu. Dengan memandikan kucing kita, kutu dan telurnya akan jatuh dibawa arus air serta akan mati hasil daripada penggunaan shampoo anti-kutu.
Cara Mengesan Kutu Kucing
Macam mana nak tahu kucing dijangkiti kutu? Cara untuk mengesannya senang saja, jika kucing selalu menggaru badan itu tandanya kita perlu periksa untuk kutu. Kita hanya perlu menggunakan sikat kutu dan lapit badan kucing dengan kertas putih atau tisu. Jika ada penampakan kutu atas kertas putih atau tisu, maka cepatlah mulakan rawatan anti-kutu.
Kucing yang dijangkiti kutu akan mempunyai tanda-tanda seperti di bawah:
- Kerap menggaru badan dan keguguran bulu yang banyak
- Mempunyai radang kulit
- Menjilat badan secara berlebihan
- Selalu keletihan atau pucat (jangkitan teruk)
- Hilang selera makan (jangkitan teruk)
Kita juga boleh melihat dari segi perubahan perangai kucing kita. Contohnya seperti kurang berada di tempat tidurnya atau di tempat kegemarannya. Sesetengah kucing amat sensitif pada kutu di badannya sehingga ia mempunyai keradangan pada kulit. Jika terdapat terlalu banyak kutu di badan kucing, ia akan menjadi cepat letih dan akan mempunyai bulu yang kusam atau pucat di bibir dan gusinya.
Jenis Kutu Kucing
Terdapat beberapa jenis kutu kucing dan jangka hayat juga berbeza antara satu sama lain. Antara jenis-jenis kutu kucing adalah:
- Ctenocephalides Felis Siklus
Kutu ini senang dilihat dengan mata asar di atas bulu kucing kerana ukuran saiz badan kutu ini besar sama seperti semut kecil. Jika kita selak bulu kucing sendiri, kita akan dapat melihat kutu ini yang berwarna hitam di atas badan kucing. Jangka hayat kutu Ctenocephalides Felis Siklus ini agak panjang kerana ia boleh hidup sehingga setahun lama.
- Ear Mites atau Kutu Telinga
Kutu telinga ini lebih kecil berbanding dengan Ctenocephalides Felis Siklus. Kucing yang mempunyai kutu ini akan sering menggaru telinganya. Jika kita melihat di dalam telinga kucing, kutu ini akan nampak seperti tompokan atau kotoran hitam.
- Lice atau Kutu Bulu
Saiz kutu ini jauh lebih kecil dari kutu yang lain. Kutu ini suka berpaut pada bulu kucing dan jika dilihat, ia nampak seakan debu di atas bulu kucing ini. Kutu ini selalunya berwarna putih dan kucing yang terkena jangkitan kutu bulu ini selalunya mempunyai bulu yang kusam.
- Ticks
Kutu yang bersaiz besar seperti kumbang dan badannya bulat. Kebiasaannya kita boleh melihat kutu ini dengan senang dan boleh merasa kutu ini semasa membelai kucing. Kutu ini sangat bahaya kerana ia juga boleh hidup di atas badan manusia. Jenis kutu ini suka menghisap darah dan amatlah susah untuk membunuhnya. Ia juga boleh menyebabkan merebaknya penyakit yang tidak diingini pada kucing kita.
- Scab Mites
Jenis kutu ini suka hidup di bawah lapisan kulit kucing dan akan membiak di situ juga. Oleh kerana ini, kucing akan menghidap penyakit kulit yang dipanggil ‘Scabies’ di mana kita dapat melihat seakan kerak di atas kulit badan kucing. Jika tidak dirawat dengan segera, penyakit kulit ini boleh merebak dengan lebih teruk. Kutu ini juga boleh merebak ke atas manusia.
Cara Membasmi Kutu Kucing
Jadi, apakah cara untuk membasmi kutu kucing? Ini antara cara-caranya, iaitu:
Kesimpulannya, kutu kucing harus dibasmi dengan cepat kerana ia sebenarnya berbahaya untuk kesihatan kucing. Kutu-kutu ini boleh menyebabkan kegatalan dan masalah kulit serta membawa penyakit dari kucing-kucing lain dan boleh menjangkiti kucing kita. Jika masalah kutu tidak dapat dikawal, bolehlah merujuk kepada doktor haiwan untuk rawatan selanjutnya.