Sebelum kita mulakan, mari kita mengenali dahulu apakah itu X-Ray. X-ray adalah sinaran elektromagnet yang membenarkan kita melihat tulang di dalam badan. Sinar-X ini yang menghasilkan gambar berwarna hitam putih kerana ia mempunyai bentuk yang serupa dengan cahaya biasa, inframerah dan gelombang radio. X-Ray penting sekiranya berlaku kecederaan pada badan seperti patah tulang. Ia juga membantu doktor membuat diagnosis penyakit yang berkaitan dengan organ dalaman haiwan peliharaan kita.
Kenapa kucing perlu jalani pemeriksaan X-ray?
Apabila kucing kita mengalami kecederaan akibat terjatuh dari tempat yang tinggi atau tersepit antara pagar dan sebagainya, semestinya kita ingin tahu jika kucing tersebut patah tulang ataupun mengalami kecederaan pada organ dalaman. Kadangkala kucing kita mungkin kelihatan dalam kesakitan tetapi oleh kerana mereka tidak mampu bercakap, kita tidak tahu apa yang tidak kena dengannya. Jadi adalah penting untuk kucing menjalani pemeriksaan X-ray kerana ia membantu kita dan doktor tahu sama ada terdapat tulang yang patah ataupun tidak. X-ray juga dapat menentukan jika terdapat kecederaan pada organ dalaman kucing kita. Selain itu, ia boleh membantu doktor membuat diagnosis sama ada kucing kita mempunyai penyakit seperti radang paru-paru, kanser, arthritis dan hernia diafragma.
Adakah bahaya untuk kucing menjalani pemeriksaan X-ray?
Semestinya tidak. Haiwan peliharaan kita tidak akan merasa sakit ketika menjalani pemeriksaan X-ray dan jumlah radiasi yang diterima oleh kucing kita pun tidak merbahaya padanya. Ini kerana radiasi yang digunakan untuk X-ray sangat sikit, sangat selamat dan tidak membawa apa-apa kesan pada kucing. Apabila kucing anda dirawat di klinik haiwan, keselamatan, kesihatan dan keselesaan haiwan peliharaan pelanggan akan menjadi keutamaan pakar-pakar haiwan.
Adakah kucing akan diberi ubat pelali atau ubat bius?
Ini bergantung pada situasi kucing tersebut. Jika kucing kita berada dalam keadaan yang tenang dan selesa, maka ubat bius atau pelali tidak diperlukan kecuali ia berada dalam kesakitan yang teruk. Tetapi, jika haiwan peliharaan kita perlu menjalani pemeriksaan CT dan MRI, maka ubat bius dan pelali perlu diberi kepada haiwan kesayangan kita kerana penting untuk mereka kekal tenang dan tidak bergerak semasa imej diambil.
Apakah perbezaan antara X-ray dan Ultrasound?
Ultrasound berfungsi untuk mengambil imej dalaman struktur badan haiwan melalui gelombang bunyi. Ia juga memberikan gambaran atau imej organ yang lebih terperinci dengan membezakan tisu lembut dan cecair dalam badan. Manakala X-ray pula hanya mampu memberikan imej tulang sahaja, tidak seperti ultrasound.
Apakah Keunikan Servis X-ray Kitty’s Care?
Klinik Kitty’s Care menggunakan mesin X-ray digital yang mempunyai teknologi terkini di mana imej X-ray lebih terang dan memberi lebih banyak pengukuran . Doktor di sini juga lebih profesional dan pakar dalam membuat pemeriksaan X-ray untuk haiwan peliharaan.
Secara kesimpulannya, pemeriksaan X-ray sangat penting untuk haiwan peliharaan kita bagi memastikan tiada kecederaan yang serius berlaku dalam badan mereka. Jika anda tidak pasti rawatan apa yang diperlukan, boleh terus bertanya pada doktor veterinar atau bawa terus ke klinik haiwan berdekatan ataupun anda boleh buat temujanji di mana-mana cawangan Klinik Kitty’s Care dan pakar Kitty’s Care akan bantu menasihati anda tentang rawatan diperlukan.